Automate your Marketing
with Womplify




 
tetupai XP's FotoPage

By: tetupai XP muhaimiey imm

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 28-Sep-2009 07:24 Email | Share | | Bookmark
Rosliana Roslan & Azim

 


Tamat sahaja bulan Ramadhan, maka bermula lah musim kenduri-kendara. Masing-masing sibuk ingin mengakhiri zaman bujang. Pendek kata "Selamat tinggal DARA & TERUNA". Ucapan tahniah saya titipkan bagi mereka yang telah berjaya mengakhiri zaman bujangnya, semoga hidup kalian lebih bermakna. Hanya satu pesanan, perkahwinan merupakan satu amanah yang perlu dipikul dengan sebaiknya, semoga ada keberkatan dan sejuta keinsafan daripadanya. Sehebat manapun lautan bergelora, pelayaran mesti diteruskan juga. Kehebatan nakhoda kapal pasti cukup teruji apabila menghadapi situasi sebegini. Hanya ilmu dan pengalaman menjadi bekalan...

Aidil Fitri yang ke-6, saya dan rakan-rakan bergerak menuju ke Felda Jengka 17, kerana ada tugasan yang perlu diselesaikan. Kami bergerak dengan tujuan berkaria. Ada amanah yang perlu dilunaskan. Bariqannur Photographer TEAM melaksanakan tugasan.

Dalam "ruang" yang ada ini, saya titipkan sekeping gambar untuk pengantin bersama penampilan kesan khas.




Monday, 10-Aug-2009 04:31 Email | Share | | Bookmark
Jalan-jalan MELAKA

 
 




Tuesday, 23-Jun-2009 04:44 Email | Share | | Bookmark
Kuala Sepetang...

 
 
Kuala Sepetang...



Di sebalik ketenangan kilang-kilang arang kayu Kuala Sepetang ini sebenarnya menyimpan beribu kisah... gambar ini telah dirakamkan pada Ramadhan lepas. Tengah asyik merakam kan gambar-gambar indah di Kuala Sepetang ini, tiba-tiba... telingan ini terdengar perbualan buruh-buruh arang kayu berkata, aku yakin yang dia seorang bapa kepada anak-anaknya, suami kepada isterinya...

"Aku buat kerja-kerja ini adalah untuk anak-anak aku, untuk istri aku, aku nak raya tahun ini mereka beraya dengan pakaian serba baru... kalau aku tak berhari raya pun tak pe... janji dia orang bergembira..."

Jadi sayu hati aku mendengarnya... "SELAMAT HARI BAPA"



Sunday, 9-Nov-2008 08:13 Email | Share | | Bookmark
Sinar PERMATA hati AYAHANDA

 


Edisi Penenang Minda

Kalau sebelum-sebelum saya asyik upload gambar-gambar kawen jer kan, jadi sekarang nie... saya cuba bertukar angin sikit... candid budak kena dukung oleh ayahnya semasa majlis sambutan Aidil Fitri di sekolah aku... suasananya juga amat meriah...

jadi terimalah....



Sunday, 2-Nov-2008 11:36 Email | Share | | Bookmark
Muadz & Liza

 


Gambar yang aku peram !!!
bila dah tak tahan sebab lama peram, kita up satu untuk kita saksikan kisah cinta kawan aku nie...
terima kasih "kawan" bagi aku peluang cover majlis akad & sanding sekaliii... ni bar majlis kat umah perempuan, kat ngan Gunung Senyum rumahnya... kalau kita ke sana memang best, syok jer... sejuk pun sejuk... almaklum lah jalan kampung...

untuk yang akan datang... kita tunggu "Majlis bertandang" ke rumah lelaki...
Insya Allah akan di hadiri oleh KDYMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah, dengan kehadiran ini, automatik majlis akan jadi tersangat protokol....

"macam mana aku nak shoot niee... huhuhuhu... takut kena halau dik body guard nantiii..."


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016 | Powered by Womplify

ns4008464.ip-198-27-69.net